Pengenalan Teknologi EM
EM, diasaskan di University Ryukyus,Okinawa,Japan di awal tahun 1980 oleh professor hortikultur,Dr Terou Hida.Dia adalah hortikuturis terlatih yang telah banyak menggunakan bahan kimia di dalam tanaman sebelumnya.Lantas menyedari bahaya dan kerosakan penggunaan bahan kimia tersebut kepada manusia dan alam sekitar,dia kemudiannya menemui campuran mikroorganisma yang berguna dan berfaedah.Seterusnya dengan kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam,dia berjaya meningkatkan produk tersebut kepada sistem organik konvensional yang digunakan sekarang.
Bermula pada tahun 1989,EM mula diperkenalkan dengan mengadakan persidangan KNF di peringkat Antarabangsa yang pertama.Hasilnya,tertubuhlah APNAN, dengan rangkaan yang tersendiri dari 13 negara yang meliputi dari Pantai Barat USA ke Pakistan.Pada sekarang ini, rangkaian ini disebarkan ke 116 negara di gugusan tersebut dan cawangan-cawangaannya diseluruh benua.
Di Malaysia, hanya (2) syarikat yang diberi lesen dan kepecayaan oleh EMRO (EM Research Organization),Japan untuk mengeluar EM-1 yang asli: iaitu Virgin Green di Selangor, dan Jamof di johor.