18 Disember 2011

aku sekadar mempunyai S.P.M




Jikalau anda punya sijil kemahiran, STPM, Diploma, Degree, Master atau PHD janganlah pula anda berbangga diri sehingga anda memandang rendah kepada orang yang di bawah anda yang mempunyai pendapatan yang kurang dan kerja yang kurang baik berbanding anda. Kemudian anda pula bergantung sepenuhnya pada sijil2 itu untuk mendapat pekerjaan yang baik.
 
Sedarlah status sijil anda itu hanyalah pada kertas, jika dikoyak dan dibakarkan ia bagaimanakah hidup anda? Maka siapakah yang memberikan kamu rezeki? Sijil2 itu atau Allah? Samalah seperti duit kertas, jika ia diterkoyak masih lakukah duit itu untuk digunakan? Maka di sini anda akan faham duit kertas itu tiada nilai sesen pun!! Maka siapakah yang memberika anda hidup? Duit kertas atau Allah? Sedangkan di luar sana masih ramai orang fakir miskin tetapi mereka masih boleh hidup. Bagaimanakah mereka boleh bernafas sedangkan mereka tidak langsung punya sijil kelayakan sepertimana anda? Maka siapakah yang memberikan anda nafas kehidupan? Sijil, duit atau Allah?
 
Begitu jugalah seandainya semua orang didunia ini memegang title PHD, maka siapakah yang akan berkerja untuk mengkayakan diri anda? Mahukah anda yang mempunyai STPM, Diploma, Degree, Master atau PHD ingin bekerja sebagai pencuci tandas, pekerja kilang, tukang kebun dll? Oleh itu, kerjayaan kamu sekarang semuanya oleh bantuan orang2 bawahan kamu yang bekerja mengkayakan kamu serta memberikan prasarana dan suasana yang baik buat kamu untuk bekerja dengan kadar yang optima. 
 
Begitu jua bagi mahasiswa dan mahasiswi, kedudukan anda sekarang di menara2 gading juga boleh dikatakan atas jasa orang2 yang bekerja di sektor perkilangan dan pembuatan. Kerana merekalah yang telah menghasilkan segala macam kemudahan pembelajaran kamu termasuk buku yang kamu baca, pen yang kamu pegang serta universiti dan kediaman yang kamu duduki juga adalah hasil titik peluh mereka untuk memberikan kemudahan pada kamu semua. Maka wajarkah kamu memandang rendah pada mereka sedangkan kerana jasa merekalah kamu berada di tahap ini sekarang?? Tidak malukah kamu? Tidak malukah kamu sehingga ada sebilangan antara kamu boleh berkata "wah keje kilang je pun tp dapat isteri lawa yg ada degree atau boleh beli keta atau boleh beli iphone dll" atau berkata "orang keje gaji murah pun boleh kawen awal" sedangkan di dalam hati anda ada perasaan memandang rendah pada golongan2 berkenaan? Jika tidak ada perasaan memandang rendah sekalipun anda jelas tidak memahami 1 perkara iaitu BUKANLAH SIJIL ATAU PEKERJAAN ANDA YANG MENJADIKAN ANDA HIDUP MEWAH TETAPI YANG MEMBERIKAN ANDA KEMEWAHAN ITU HANYALAH ALLAH. Sijil dan pekerjaan anda itu hanyalah asbab kepada kejayaan anda sahaja tetapi jika sijil yang anda pernah miliki itu dikoyak, kerja gaji lumayan anda itu dibuang maka apakah yang akan terjadi kepada anda? Miskin? Kaya? Tidak siapapun tahu kerana Allah telah berfirman, Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah! ALLAH SAHAJALAH PEMBERI REZEKI KEPADA KITA BUKANNYA SIJIL, DUIT ATAU PEKERJAAN KITA, itu semua hanya menjadi asbab kepada rezeki yang kita miliki sekarang dan ia boleh musnah dengan sekelip mata walaupun kita masih memilikinya sekarang.
 
Ingatlah setiap yang ada pasti boleh hilang kecuali Allah maka Dialah tempat bergantung kita yang sebenar2nya kerana Dia tak akan hilang! Ingatlah jua kisah seorang nabi Allah yang sedang sakit, lalu Allah perintahkan kepada baginda supaya mengambil sejenis daun dan berdoa kepadaNya supaya disembuhkan penyakit baginda melalui penggunaan daun tersebut. Setelah baginda mengambil daun berkenaan dan berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya maka baginda pun sembuh seperti sediakala. Di kemudian hari baginda diserang kesakitan lagi, lalu baginda terus mengambil daun yang pernah Allah perintahkan untuk mengambil dan menjadikannya penawar pada kesakitan baginda. Namun anehnya kali ini baginda tidak juga sembuh. Maka baginda pun bertanyakan kepada Allah mengapakah penyakitku tidak mahu sembuh setelah mengubati menggunakan daun yang pernah menyembuhkan baginda suatu ketika dahulu? Kemudian Allah menjawab; "kerana kali ini kamu tidak bermohon kepadaKu untuk menyembuhkan penyakitmu sebagaimana dahulu". Cari tahulah siapakah Nabi Allah tersebut dan fahamilah maksud sirah berkenaan agar kita tidak berlaku syirik!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan