Musim tengkujuh tiba lagi...teringin lak tekak ni nak makan pulut gadong...tapi nak kene cari orng yang pandai buat lah pulak...kalau tak pandai buat mau mabuk dibuatnya...
ok cerita pasal pulut ubi gadong ni...makanan ini popular disekitar pantai timur Terengganu Kelantan & Pahang...kebanykkan anak muda sekarang tak tau atau tak pernah merasa pun...kalau tanya pada generasi era 70-80an pasti mereka tersenyum bila terdengar PULUT GADONG...pasti bermacam cerita akan terkeleur terutamanya pengalaman mabuk makan pulut gadong...aku sendiri pun baru kenal pulut gadong ni tahun lepas,ialah bila dah menetap ditempat orang ni kenelah kenal budaya orang,makanan tradisi...hehehe
ubi gadong yang belum dibuang racun
ubi gadong yang telah seminggu di rendam
dalam air yang mengalir.sedia untuk dikukus
dan dimakan bersama pulut bergaul kelapa parut..hihihihi
Ok kat sini aku ada sedikit info tentang ubi gadong...
Nama saintifik, iaitu Dioscorea sp. Di Malaysia, terdapat sebanyak 19 spesis ubi gadong termasuk Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata. Setiap spesis ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan lain.
Ubi gadung yang beracun hanyalah satu-satunya tumbuhan liar yang bolej hidup dan bertahan walau dalam apa keadaan cuaca sekalipun. Ubi gadung juga sejenis tumbuhan yang hidup bertahun-tahun lamanya dan amat sukar mati. Ia juga digolongkan di dalam tumbuhan liar yang tumbuh menjalar dan memanjat dan boleh memanjang sehingga 20 meter dengan batangnya berduri.
Isi atau ubi gadung ini membesar di bawah tanah seperti ubi keledek. Terdapat beberapa biji ubi di dalam satu liang dan bentuknya agak bulat serta berkulit keras nipis. Kulit ubi ini bewarna coklat kekuningan dan isinya kuning keputihan dan ubi dapat dibezakan dengan ubi yang lain melalui bentuk daunnya. Ubi beracun ini mempunyai daun segi tiga yang tidak bercantum antara satu sama lain. Bunganya amat jarang ditemui tetapi kalau ada ia akan tumbuh diketiak daun dengan warna kekuningan dan berbau wangi.
Dilihat dari jauh, daun pokok ubi gadung ini kelihatan seperti daun sireh. Pokok ubi ini ialah daripada jenis menjalar dan batangnya pula mempunyai banyak duri sehingga sukar untuk dipegang. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza, dan ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram. Dioscorea hispida mepunyai ubi yang bewarna kuning, ubi Dioscorea piscatorum barwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula bewarna kuning kemerahan.
Dari segi perubatan pula...
Kajian saintifik
menunjukkan bahawa ubi
ini mengandungi sejenis
sebatian yang beracun , dioscorine iaitu
sejenis alkaloid yang
larut di dalam
air . Walaupun beracun ,
tetapi masyarakat Melayu
dan orang asli
telah menjumpai cara
untuk menghilangkan racunnya . Ubi gadong
direndam air yang
mengalir , kandungan
dioscorine di dalamnya
akan dilarutkan oleh
air dan lama-kelamaan , ubi ini
akan bebas daripada
dioscorine .
Ubi gadong
mempunyai nilai perubatan . Ubi gadong
kaya dengan bahan
yang disebut sebagai
steroid . Steroid di dalam
ubi ini terdapat
dalam bentuk yang
bergabung dengan gula , iaitu
saponin . Steroid ialah sumber
asli yang penting
dalam penghasilan ubatan
dan hormom . Saponin ini
bersifat anti agregasi
platlet iaitu saponin
boleh menghalang pengetulan
( agregasi ) platlet di
dalam darah . Secara tidak
langsung , saponin dapat menghalang
penyakit darah membeku
dalam saluran trombosis .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan